KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK
Kejayaan bermula dari diri sendiri.Persis mutiara sering diperdengarkan 'USAHA TANGGA KEJAYAAN'.Tanpa usaha kejayaan tidak akan dapat kita kecapi.5 TIPS UTAMA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
TUMPUAN
- Semasa guru mengajar,kita memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penjelesan yang diberikan oleh guru.Sebaiknya,catatlah nota-nota atau isi-isi penting ditepi buku mahupun buku nota kecil.Kadangkala,penerimaan melalui percakapan lebih mudah untuk difahami berbanding membaca buku.Sebaiknya,mulakan sesi pembelajaran dengan 'Basmalah' terlebih dahulu sebelum memulakan pelajaran supaya dihindarkan diri daripada gangguan syaitan.
BERTANYA
-Sekiranya ada yang kurang faham,bertanyalah kepada guru.Jangan diamkan diri untuk bertanya.Kata orang-orang dahulu,'Malu Bertanya Sesat Berjalan'.Abaikan orang di sekeliling asalkan anda faham apa yang diajar oleh guru.Sekiranya anda segan untuk bertanya masa sesi pembelajaran,anda boleh bertanya selepas waktu pembelajaran ataupun tanya kepada rakan-rakan.Mungkin penerimaan lebih mudah diterima sekiranya diterangkan oleh rakan-rakan.
CINTA
-Mungkin ada sesetengah pelajaran yang kita tidak gemari.Hindarkan semua perasaan itu.Mahu atau tidak itu akan kita pegang sehingga tamat pelajaran.Sekiranya kita terus membenci terhadap pelajaran tersebut,masalah ini lagi membuatkan untuk malas mengulangkaji pelajaran tersebut.Set kan pada minda yang kita suka dan sasarkan kepada markah yang lebih tinggi.Sekiranya tidak sampai pada sasaran,hal ini lebih membuatkan kita untuk terus berusaha untuk mencapai sasaran.Jangan jadikan kegagalan sebagai satu alasan untuk terus berusaha.'Kegagalan Merupakan Permulaan Kepada Kejayaan'.
ULANGKAJI
-Sebaik-baiknya kita mengulangkaji semula apa yang telah diajarkan pada sesi persekolahan.Semak semula nota-nota yang telah dibuat kerana otak kita tidak mengingat semuanya pada masa yang singkat.Sebaiknya lakukan latih tubi sebaik sahaja pulang sekolah.Lakukan latihan sekurang-kurangnya 5 soalan sehari.Selain itu,lakukan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru.Sekiranya guru tidak memberikan latihan.usahakan diri sendiri mencari soalan.
HARGAI MASA
-Memasuki sahaja alam persekolahan di sekolah menengah,masa yang ada sangat terhad.Sebaiknya,bahagikan masa dengan menyediakan jadual.Bahagikan masa kepada pelajaran,riadah,dan rehat.Jangan terlalu memaksa diri untuk terus belajar ketika badan letih.Mungkin hal ini akan membuatkan anda lebih tertekan.Untuk mengikuti jadual harian,memang susah.Anda boleh meminta ibu bapa atau adik-beradik untuk tegas dengan anda untuk mengikuti jadual harian anda.
"Pelajarilah ilmu.Pelajarilah ilmu itu untuk ketenteraman,ketetapan hati,dan kelembutan jiwa.Tunduklah dengan serendah diri kepada guru anda"
Saidina Umar Bin Al-Khatab
___________________________________________________________________
Here are some quotes that caught my attention : “A room without books is like a body without a soul.”
-Marcus Tullius Cicero- “Always forgive your enemies; nothing annoys them so much.”
-Oscar Wilde-
“A day without laughter is a day wasted.”
-Charles Chaplin- “Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of God, which is why we call it the present.”
-Bil Keane- “Imperfection is beauty, madness is genius and it's better to be absolutely ridiculous than absolutely boring.”
-Marilyn Monroe- “I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work.”
-Thomas A. Edison- “There is never a time or place for true love. It happens accidentally, in a heartbeat, in a single flashing, throbbing moment.”
-Sarah Dessen- “For every minute you are angry you lose sixty seconds of happiness.”
-Ralph Waldo Emerson- “Do what you can, with what you have, where you are.”
-Theodore Roosevelt- “There is nothing better than a friend, unless it is a friend with chocolate.”
-Linda Grayson-
Bila cakap je matapelajaran Sejarah.. mesti semua cakap mengantuklah. Jika kita benar-benar minat dan tumpu apa yang cikgu terangkan di depan mesti kita dapat jawab punya..
Cikgu selalu pesan "kalau kamu tumpu perhatian dengan apa yang saya terangkan pasti kamu akan lulus". Lulus? Kalau kita belajar lebih mesti kita boleh dapat A.
Jadi usaha adalah penting untuk mendapat sesuatu yang dingini.. Dengan usaha pasti kita akan berjaya.
Semoga Berjaya Rakan Seperjuangan
________________________________________________________________
Ha.. ini satu cara kita belajar melalui online.. tak adalah bila buka je internet buka Facebook dan Twitter dapatlah juga kita ilmu pengetahuan walaupun mahal benda ini.. Insyaallah berkat usaha kita dan ikhlas ibu bapa kita membayarnya. hasilnya kita akan dapat keputusan yang cemerlang.
________________________________________________________________
Saidina Umar Bin Al-Khatab
___________________________________________________________________
-Marcus Tullius Cicero-
-Oscar Wilde-
-Charles Chaplin-
-Bil Keane-
-Marilyn Monroe-
-Thomas A. Edison-
-Sarah Dessen-
-Ralph Waldo Emerson-
-Theodore Roosevelt-
-Linda Grayson-
_______________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Saya Nak Jadi Doktor Tetapi Keputusan Saya Tak Dapat Straight A.
Semua orang pasti menanam cita-cita untuk menjadi Doktor terutamanya mereka-mereka yang belajar di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara(MRSM).Malangnya tidak semua yang boleh mengecapinya dan hanya segelintir sahaja yang akan berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran.Bagaimana dengan yang lain?yang dapat 8A 1B?7A 2B?Adakah peluang mereka sudah tertutup?
Jawapannya tidak.Bagi mereka yang benar-benar ingin menjadi Doktor,korang boleh masuk ke Matrikulasi terlebih dahulu.Ambil kos Sains Tulen dan score baik-baik selama 1 tahun korang belajar di Matrik ini.Jangan main-main dan Insya-Allah,sekiranya korang mendapat 4 flat,korang pasti akan mendapat peluang untuk mengambil bidang kedoktoran.Lagipun di metrik,korang hanya akan belajar 3 subjek sahaja.(kalau tak silap lah)
Saya Dapat Rendah Je SPM.Saya Tak Boleh Masuk IPT Ke?
Sekiranya korang gagal dalam permohonan UPU disebabkan result SPM korang tak sesuai dengan kos yang korang minta,korang jangan putus asa.Korang buat rayuan semua.Tetapi kali ini korang pastikan kos yang korang nak mintak itu sesuai dengan keputusan korang itu.Jangan pulak korang dapat 3A tetapi korang minta Asasi Sains atau Medik.Memang korang takkan dapatlah.
So sebelum korang klik button hantar tu,pastikan korang fikir masak-masak dahulu.”Kos ini sesuai tak dengan keputusan aku ni?”,Kalu korang dah rasa sesuai dan berpuas hati,barulah korang klik button hantar tu.Ingat jangan tersilap pilih pulak ye.
Rayuan dah Buat Tetapi Saya Masih Gagal Dalam Permohonan.Apa Yang Perlu Saya Buat?
Masalah ini pasti akan timbul nanti.Walaupun korang dah buat pilihan mengikut keputusan SPM korang tetapi masih tidak ditawarkan ke IPT.Ini mungkin disebabkan universiti yang anda pohon itu sudah mencukupi koata yang diperlukan.Katakan UPM tawarkan 500 kekosongan tetapi anda merupakan orang yang ke 501 yang terdapat didalam senarai.So anda diklasifikasikan sebagai gagal.
Jadi cara nak atasinya adalah dengan memilih Universiti yang menawarkan syarat yang longgor dan koata yang banyak.Contohnya UiTM.UiTM adalah universiti yang paling mudah untuk korang dapat tetapi ada syaratnya dimana korang kena pastikan yang korang memilih UiTM sebagai pilihan pertama korang.So barulah senang nak dapat tawaran ke IPT.Betul tak?
Tak Tahu Nak Pilih Kos Apa!
Ini pun salah satu dilema yang akan berlaku kepada para pelajar lepasan SPM iaitu tak tahu nak pilih kos apa.”Aku nak ambil kos apa ni?”"Aku ini minat ke kos ini?”,”Kos ini macam best je”..Macam-macam yang bermain difikir anda kan.Okay relax,jangan gelogoh.Mula-mula korang cari dulu maklumat mengenai kos yang korang nak pilih.Search je kat Google tu.Banyak tempat-tempat yang boleh dijadikan rujukan.Korang tengok silibus yang ditawarkan dan tengok peluang kerjaya daripada kos yang korang nak ambil tu.Kalau rasa berkenan dan berminat,korang pilih lah kos itu.
Nak Masuk Matrik Atau Universiti?
Ini juga akan menjadi masalah kat budak-budak lepasan SPM nanti.Macam saya jugak lah dulu.Nak masuk matrik atau Universiti terus.Ia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Sekiranya korang nak masuk Universiti terus,ini bermakna anda akan ambil diploma.Kalau diploma jangka masanya dalam 3 tahun jugak lah.Kalau korang masuk Matrik,korang hanya perlu belajar 1 tahun dan terus sambung ke ijazah.So korang dah jimat 2 tahun kat situ.Tetapi belajar di Matrik bukan lah semudah yang disangka..haha..bukan nak takutkan korang lah =P
Okaylah,cukuplah setakat ini dulu,Nanti kita kongsikan lagi masalah-masalah atau dilema yang sering berlaku kepada pelajar lepasan SPM
________________________________________________________________
________________________________________________________________